saya ingin merujuk kenyataan tpm bahawa ppsmi akan di mansuhkan dan seterusnya akan memperkasakan bahasa melayu ini adalah kerana bantahan sesetengah pihak bahawa ppsmi telah membelakangkangkan bahasa melaysia sebagai bahasa kebangsaan..
cuba kita kaji kenapa ppsmi ini di ujudkan oleh tun mahathir..ini adalah kerana teknologi dan kemajuan sains dan matematik yg ada sekarang di terbitkan dalam bahasa inggeris ini di sebabkan semua ini di kuasai oleh saintis barat kalau kita tak menguasai bahasa inggeris macamana kita nak kuasai teknologi ini semua dan kita akan terus mundur...beberapa pihak dan ngo di malaysia membantah ppsmi ini sbnrnya tidak faham kepentingan ppsmi pada generasi muda kita termasuklah sasterawan negara kita iaitu a samad said yg begitu ghairah memperjuangkan bantahan perlaksanaan ppsmi ini..dia cuba menyamakan sastera dalam ilmu teknlogi yg 100% di terbitkan dlm bahasa inggeris ini
cuba kita tengok dlm masyarakat malaysia yg berbilang kaum skrg adakah mereka bertutur sepenuhnya dlm bahasa malaysia?kalau ada pun mereka menggunakan bahasa rojak cuba tengok bangsa cina india dan lain2 kaum bukan melayu di malaysia ini adakah mereka bertutur dlm bahasa malaysia sepenuhnya kalau ada pun mereka menggunakan bahasa malaysia yg bercampur aduk dgn slanga cina dan india..mereka ni rakyat malaysia tapi tidak mengamalkan dan menggunakan atau mempelajari bahasa malaysia dan sesetengahnya tak tahu langsung bahasa malaysia..kenapa bila kerajaan cuba menekankan penggunaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik untuk sekolah ada org membantah..
bila kita belajar di university kenapa kita kena belajar bahasa inggeris?sebab semua buku rujukan di library di university 100% menggunakan bahasa inggeris kerana buku itu di terbitkan oleh cendekiawan barat dah semestinya mereka menggunakan bahasa mereka..kenapa x de org membantah penggunaaan bahasa inggeris di university?
bila kita bercakap bahasa malaysia ni kita boleh lihat rakyat asing yg berkerja di malaysia lebih fasih bercakap bahasa malaysia dari org malaysia sendiri..tak da ka org atau ngo ni yg memperjuangkan semua bangsa di malaysia ni mesti fasih bercakap dan menggunakan bahasa malaysia dalam kehidupan seharian mereka..baru mereka boleh merperkasakan bahasa malaysia dgn jayanya...dan mengaku sebagai bangsa malaysia dengan bangganya...
apa salahnya anak2 kita mempelajari bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu demi kepentingan pembanggunan negara di masa depan..merek2 ni sebenarnya cuba mempolitikkan perkara ini dan cuba menjadi hero alangkah sedihnya bila mereka cuba melangkah ke belakang akibat dari kedangkalan fikiran mereka..
No comments:
Post a Comment