you shoot 5000 bullets in training but in war you need only one bullet....
Tuesday, July 23, 2013
SALAM RAMADAN DAN SALAM AIDILFITRI
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam ramadan dan salam aidilfitri pada pembaca blog manjoelara yg tak seberapa ni maaf zahir dan bati jika ada tulisan saya menyinggung hati mana2 pihak...
PEMANSUHAN AKTA
apa yang dato seri najib lakukan iaitu pemansuhan akta keselamatan dalm negeri( well known I.S.A)telah mengundang banyak musuh dari luar dan dalam negera untuk menggangu gugat keselamatan dalam negara dan seterusnya merampas kuasa. terutamanya musuh2 dalaman negara sendiri yg mengundang org luar melakukan jenayah dan mereka umpama baling batu sembunyi tangan.
seterusnya dato seri najib memansuhkan akta ordinan darurat yakni akta pencegahan yg sangat berkesan untuk menangkp dan memenjarakan org yg berniat melakukn kekacauan dn jenyah dlm negara sebelum perkara itu terjadi,pemansuhan itu menyebabkan beribu tahanan di bawah akta tersebut di bebaskan secara automatik.dan yg terbaru hasil analisis kementerian dalam negeri melaporkan bahawa kebanyakan peningkatan indeks jenayah dlm negara di sebab kan oleh jenayah yg lakukan oleh bekas tahanan akta darurat yg di bebaskan hasil dari pemansuhan akta tersebut.apakah ini yg dato seri najib mahukan untuk membantu rakyat dan apakah rasionalnya dato seri memansuhkan akta tersebut?tidakkah dato seri najib terfikir bahawa akta itu lah selama ini yg menjamin ketenteraman awam dan keselamatan negara dari anasir2 jahat luar dan dalam,
dan seterusnya dato seri najib ingin memansuhkan akta hasutan dan menggantikan dgn akta baru iaitu akta keharmonian nasional apa pun nama akta baru ini ianya tidak relevan dgn keadaan dan situasi sekarang di mana musuh2 negara telah bangkit secara perlahan2 akibat dari pemansuhan akta2 tersebut.apakah dato seri najib tidak buka mata dan belajar dari kesilapan ttg apa yg berlaku di lahat datu,penghinaan terhadap agama islam,penghinaan terhadap raja2 melayu,mempersoalkan hak dan keistemewaan orang melayu dan banyak lagi isu2 sensitif yg di bangkitkan yg pada masa dulu tiada siapa berani mempersoalkan dan menghina agama org lain kerana adanya akta tersebut.apakah dato seri suka melihat pertumpaha darah berlaku akibat dari tindakan pemansuhan akta tersebut.
dato seri najib mungkin telah mengkaji sedalam dalamnya tindakan menghapuskan akta tersebut dari segi pendapat2 pakar2 dan pendapat penasihat dato seri tapi rakyat nampak dengan segera kesan2 yg buruk hasil pemansuhan akta tersebut.kalau kita lihat negara jiran kita singapura masih menggunakan akta ISA kerana bagi mereka inilah cara yg paling berkesan melindungi negara mereka kita lihat jauh lagi iaitu amerika syarikat menggunakan akta yg sama iaitu akta patriot yg membolehkan mereka menahan seseorang tanpa bicara selama 10 tahun dan bnyak kes mereka terus menghukum mati dan mendera tahanan. di britain perancis dan banyak lagi negara masih mengguna pakai akta yg sama tapi dato seri najib menyongsang arus memansuhkan akta tersebut percaya dengan berbuat demikian parti barisan nasional akan dapat undi yg besar dlm pilihan raya tapi apa yg berlaku dato seri najib di tikam dari belakang oleh pengundi terutamanya pengundi cina tapi dato seri najib masih tak belajar dari kesilapan iaitu ingin memansuhkan akta hasutan sedangkan itulah benteng pertahanan kita yg ampuh dan terakhir ingin di hapuskan.menteri dalam negeri dto seri zahid ahmad bersemangat melaungkan dan mempertahankan akta tersebut dari di ganggu gugat oleh musuh2 yg ingin memansuhkannya tapi dato seri najib senang2 ingin memansuhkanya kesian pada pasukan keselamatan yg hilang kuasa untuk menjalankan tugas mereka dan mereka terpakasa kerja lebih kuat untuk menjalankan tugas mereka kesan dari penghapusan akta tersebut.
saya ingin menyeru pada dato seri najib agar lebih peka dan mengutamakan keselamtan rakyat sebelum memansuhkan akta tersebut.kita sama2 dah lihat kesan2 yg buruk berlaku hasil dari tindakan dato seri najib memansuhkan akta tersebut dan yang paling saya terkesan ialah penghinaan agama islam iaitu agama suci yg saya anuti di hina kesan dari pemansuhan akta tersebut dan semakin hari musuh2 negara bangkit beramai2 kerana mereka berani kerana kerajaan malaysia sudah tiada taring lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)