Sunday, February 27, 2011

hindraf kurang ajar








kita semua tau kan sapa hindraf ni...sebuah NGO yang di haramkan di malaysia tapi mereka ni degil dan kurang ajar dan cuba menimbulkan huru hara di malaysia yang sememangnya aman damai ni...mereka kata orang india di malaysia di tindas oleh pemerintah melayu ..betul ke?apa yang aku tengok orang india di malaysia ni ok je ada juga yang keja dengan kerajaan yang di dakwa hindraf penindas orang india di malaysia..mereka ni sengaja nak buat kacau je korang tengok sendiri pic ni yang nampak sangat pemimpin ngo yang pro hindraf cuba provoke polis supaya berkasar dgn dia lepas tu dakwa polis kejam..take a look the pic.................

1 malaysia

gagasan satu malaysia ni memang bagus tapi boleh ke di laksanakan 100%..mungkin dalam 60% je boleh terlaksana itu pendapat aku la...
ok cuba kita pikir di indon,thai.vietnam,laos dan boleh di katakan di seluruh dunia semua rakyatnya menggunakan satu nama satu bahasa budaya satu sekolah yang sama walaupun mereka berlainan etnik dan bangsa..tapi di malaysia sekolah pun berlainan orang melayu sekolah kebangsaan org cina dan india sekolah sek jenis kebangsaan ..nama pun berlainan ,bahasa kebangsaan kita adalah bahasa malaysia tapi mereka ni bertutur bahasa malaysia pun tunggang langgang dan ada juga yang tak tau langsung bertutur bahasa malaysia dan yang paling sedih orang melayu sendiri bertutur bahasa melayu rojak(campur b.inggeris)tapi mereka kata mereka warganegara malaysia..so apa yang menjadi lambang kemegahan sebagai warganegara malaysia?sedangkan bertutur bahasa kebangsaan sendiri pun tak tau...
mereka hidup dalam kelompok komuniti sendiri tak bergaul mesra dengan komuniti bangsa lain bolehkan kita nak terapkan gagasan satu malaysia pada mereka ni?mungkin gagasan satu malaysia ni hanya menjadi satu slogan sahaja dan tak mungkin jadi kenyataan..tapi ianya satu usaha yang murni dari pada PM kita

memory

apa yang paling berharga pada kita selain dari harta? bagi aku ada lah kenangan hidup...kenangan yang aku kumpul dalm hidup ni memang tak ternilai yang mana akan kita kenang bila aku dah tua nanti.kenangan tu akan jadi pengajaran dan guru pada aku untuk meneruskan sisa sisa hidup aku yang akan datang...
kan orang kata pengalaman itu ada lah guru yang terbaik dalam hidup kita...yang tiada pengalaman tu kena belajar dari orang yang berpengalaman betul tak?bercakap tentang kenangan ni..recently aku telah melalui satu pengalaman yang baru dalam hidup ku yang mana ia telah menjadi kenangan yang pahit dan manis pada aku..
sebenarnya ia memang pengalaman dan kenangan yang tak ternilai dan pahit yang mana satu hari aku dapat menceritakan pada orang lain.apa dia kenangan tu?biarlah ia menjadi rahsia hidup ku..setiap yang berlaku tu ada hikmahnya dan ia menjadi khazanah dalam muzium hidup ku....wallaweiiiii......

Sunday, February 20, 2011

laaaa ada lagi mamat ni...

laaaa apa semua pic ada muka mamat ni ekkk....tu kononnya tunggu heli datang pick up la tu hehehe tapi apa pun memang nice view la....kredit untuk mamat ni

banding lake....


ermmm memang cantikkan pemandangan tasik banding ni....rasa macam nak terjun mandi je buat kuak lentang ke atau berenang itik ke best wooo..tapi swimming trunk tak bawa tengok je la..huhuhu....fuyooo mamat mana plak ni menyempit je dalam blog orang

homeless.....

ramai rupanya orang yang tak berumah di k.l ni kan...mereka ni bukan tak da keja tapi ambik jalan mudah dengan hidup merempat...nak mandi ada tandas awam nak makan ada n.g.o yang bermurah hati sponsor macam2 kat diaorang...yang best tu pengakuan dari sorang mamat yang merempat ni dia muda lagi umo baru 28 tahun badan sihat lagi sebab dia merempat sebab bercerai dengan isteri hahaha...tak logik langsung alasan..dia kata merempat macam ni lagi senang semua orang sponsor barang2 keprluan pun semuanya branded(rujuk mastika bulan february)so dia kata tak yah keja pun tak pa pastu salahkan jabatan kebajikan tak bantu dia salahkan masjid sebab tak bagi dia mandi atau tido kat masjid kata orang islam tak tolong orang islam apa punya orang la dia ni dia sendiri yang malas nak berkerja pastu nak salahkan orang tak bantu dia...ingat masjid tu tempat mandi dengan tido ke..masjid tu tempat orang beribadah bukan tempat korang nak port tido dengan mandi
sekali sekala2 boleh lah nak tolong tapi banyakkan ambil kesempatan je...memang tak di nafikan ada yang betul2 susah dan teraniaya..tapi banyak yang sengaja hidup merempat kerana malas dan ada juga yang sewel
di malaysia ni rezeki kita murah banyak orang yang hidup senang ataupun sederhana mewah tak caya lihatlah sekeliling anda ataupun lihat lah diri anda sendiri...gaji rm600 pun boleh pakai kereta dok rumah elok2 je.. kat malaysia ni kalau rajin macam2 boleh buat duit..kalau mau seribu daya kalau tak mau seribu dalih...dok kat kampung pun boleh senang..tak caya ke??getah sekerap sekilo rm7.00 kalau tak silap aku lah kelapa sawit satu tan rm700..fuuhhhh kayo woooo

revolusi.....

bila tengok negara arab skrg ni telah mengalami revolusi...mula2 di tunisia pastu di mesir dan skrag merebak sampai iran.yemen.algeria,bahrain......kenapa rakyat mereka memberontak?
kalau kita kaji banyak negara arab ni di perintah secara dictator ataupun secara monarki iaitu secara raja dengan kuasa mutlak tanpa ada pilihanraya..mereka ni la yang membolot kekayaan negara tanpa mempedulikan hak dan kebajikan rakyat...mereka ingat boleh berkuasa selama lamanya ....kisah sama yang mcm berlaku di indonesia bila presiden suharto di gulingkan oleh rakyatnya sendiri...
nasib baik perkara ni tak berlaku di malaysia walaupun dulu ada cubaan oleh pemimpin pembangkang  kita yg terkenal tu lah...
setelah sekian lama rakyat negara arab ni bersabar dengan kerajaan mutlak mereka yang mana mereka ni berkuasa atas pertolongan negara barat yang memang mencaturkan kuasa di tanah arab demi kelansungan hidup mereka iaitu minyak dan negara israel...sapa pun yang di lantik oleh amerika di negara arab ni mesti kena ikut dua syarat ni....bayangkan lah kalau israel tu tak dapat bekalan minyak dan air dari negara arab bolehkah negara israel tu kekal sampai sekarang??memang tak boleh kan...ni lah puncanya boneka pak arab ni lah yang ikut telunjuk amerika kerana inginkan kuasa...dan wang..memang orang arab ni banyak yang buta perut...wallahhualam

Wednesday, February 16, 2011

ENCIK.............

ENCIK.....................TOLONG JANGAN NAK PERASAN YA!!!ermmmmm ayat ego tu....tak pa aku dah biasa dengan bermacam2 ayat sepanjang aku hidup ni...dah terbiasa jumpa bermacam2 orang termasuk yang ni..
apa yang aku cakap pada dia dan buat pada dia aku rasa tak lah menyakitkan hati sangat pun sebelum ni pun aku respect dia layan dia with delicate way...but the end of the day aku di layan macam ni...apa yang dia rugi??material??honour??i dont think so...hurt feeling???may be la tapi tak teruk sangat pun....aku juga yang rugi tapi aku tak pernah menyesal pun.....

tua dah............

tak sedar aku ni dah tua rambut pun dah ada uban huhuhu.........dulu masa aku muda aku berkawan dgn orang tua bila diaorang tanya umur aku berapa nak bagitau pun malu....sekarang ni dah terbalik plak bila dah tua ni banyak kawan dgn orag muda plak..nak habaq umur yang dah tua ni pun malu hahahaha..mana pergi orang yang seangkatan dgn aku ni erk??dah pupus ke?/huhuhu..dapat kawan baru pun semua muda muda lagi.....
tapi aku dapat rasa yang perjalanan hidup aku ni masih panjang dan berliku2 lagi.....boleh kah aku menempuh dugaan hidup ni??but so far so good....in future who's know right??god knows

Tuesday, February 15, 2011

hidup susah mati pun senang.............

napa orang banyak bunuh diri kebelakangan ni?yang teruknya orang islam pun ada juga yang bunuh diri...
kalau sakit mental tak logik juga...sebab ramai juga orang gila yang aku jumpa tak bunuh diri pun..mungkin orang yang bunuh diri ni gila kategory lain kot.....
diarong ni sebenarnya mengalami penyakit kemurungan(depression)ya la murung pasal pikirkan tekanan hidup macam2 yang nak di tanggung dan di fikirkan dalam hidup zaman moden ni....yang pasti hutang banyak atau rasa tak puas dengan hidup....sekarang banyak benda baru berlaku dan kita nak cuba tapi tak mampu pastu paksa diri juga ....tak boleh settle terjun banggunan,minum racun..senang je setel masaalah..diaorang tak tau mati tu lagi teruk..memang kita akan mati juga satu hari nanti tapi biarlah secara normal dan terhormat dan sebagai seorang manusia..
sentiasa lah berfikiran positif

Thursday, February 10, 2011

antara penipu dan hipokrit..................

apa bezanya hipokrit dan penipu????????
bagi aku mereka ni adik beradik la..tapi la kan yang paling teruk sekali adalah hipokrit..
berpura pura...luar lain dalam lain berselindung di sebalik topeng palsu...dan banyak orang yang hipokrit ni just selfish!!!
macamana mereka kata suka tapi dalam hati dia sememangnya tak suka..mereka ni boleh jadi pelakon drama atau filem..memang pandai berlakon..korang fikir lah sendiri...

Tuesday, February 8, 2011

flying again

ermmmm terbang lagi kali ni  terbang betul la naik mas ke jakarta dan bandung 4 hari.....rasa macam  x excited je........kalau gold coast ke atau bora-bora island atau europe excited la juga......belasah je la....teringat kenangan masa di medan indonesia dulu masa tu perut tengah lapar punya cari kedai makan halal terjumpa la satu kedai makan nampak tuan kedai tu pakai kain pelikat dengan songkok..tengok kedai macam best je..orait laaa apalagi aku pun masuk duduk kat satu meja yg strategik juga la...sambil tu mata aku melilau dalam kedai tu tgk menu apa yg best dan tgk decoration dia..tengok punya tengok ternampak la daging babi tergantung kat dalam cermin kedai tu WHATTTTT!!!!!!!!! cissss rupa-rupanya tuan kedai tu orang batak siotttt..hahahaha muka macam melayu pakai macam org melayu rupanya orang batak....aku pun tunggu apa lagi blah la hahaha
kalau korang nak tau daging babi tu belum buang kulit lagi masih ada bulu lagi dan kat kaki babi tu masih ada tanah belum basuh pun dagin babi tu fuyoooooooooooooooooooooooooooooooooooo ari tu aku terus tak lalu nak makan....but the end of the day aku makan angin je huhuhuhu

ops piramid

beruntung kita rakyat malaysia dapat kerajaan yg prihatin dengan rakyatnya...tengoklah rakyat kita di mesir dapat perhatian dari kerajaan membantu mereka pulang dengan selamat tanpa di kenakan sebarang kos semuanya di tanggung beres...kita punya pm pun siap tunggu kat airport tunggu mereka balik beruntung kita dapat kerajaan yg prihatin..tapi ada juga pihak yang mempertikaikan usaha murni kerajaan ni..mereka ni adalah orang yg buta perut dan buta hati..tak tau menilai yg mana permata dan kaca...terima kasih pada kerajaan kerana membantu rakyat kita yg terperangkap di sana...

Thursday, February 3, 2011

rusuhan di mesir

mungkin anda sekelian dah tau ttg rusuhan di mesir yg menyebabkan negara tu huru hara dan lumpuh
anda tau sebabnya berlaku rusuhan tu?
mesir di perintah presiden hosni mubarak selama 30 tahun secara diktator tanpa ada demokrasi ataupun pilihanraya dia mengambil alih jawatan presiden daripada anwar sadat setelah anwar sadat di tembak mati oleh pelampau islam 30 tahun yg lalu.
sepanjang pemrintahan hosni mubarak beliau nmengamalkan pemerintahan kuku besi,rasuah nepotisme dan bermacam lagi kejahatan yang sewaktu dengannya..
saya masih ingat masa mantan perdan menteri kita tun mahathir ingin meletak jawatan sebagai perdana menteri beliau di tanya wartawan mesir kenapa beliau ingin meletak jawatn sedangkan tun masih popular dan di sayangi ramai..jawab tu SAYA DAH LAMA JADI PERDANA MENTERI 22 TAHUN DAH..jawab wartawan mesir tu kami punya presiden lagi lama dah jadi presiden..kalau anda ingin tau presiden mesir terdahulu yg di tembak mati ANWAR SADAT tu adalah punca mesir kalah kepada israel dalam perang enam hari ataupun di kenali sebagai perang yom kipur dengan israel..sebab tu dia kena tembak sebab rakyatnya geram dengan beliau kerana beliau sengaja mengalahkan tenteranya sendiri setelah mendapat ugutan dari U.S.A sebab masa tu mesir telah hampir menang dengan israel..
cuba anda bayangkan kalau mesir menang dlm peperangan dgn israel masa tu..takkan wujud negara haram israel sekarang di atas bumi ini...
rusuhan yg berlaku sekarang di dorong oleh kejayaan rakyat tunisia menggulingkan kerajaan diktator negara itu...lagipun presiden hosni mubarak ni pro israel dan barat mmg patutlah dia ni kena buang atau di tembak je
kalau kita tgk banyak negara di arab mengamalkan sistem pemerintahan monarki(sistem beraja)cuma ada beberapa buah je negara arab yg mengamalkan sistem presiden termasuk lah mesir itupun secara kuku besi
dan semestinya pemerintah negara arab ni mesti pro barat dan israel sebab yg beri mereka kuasa tu adalah orang barat sendiri..dan mereka kena balas jasa la dan itu salah satu syarat sebelum mereka menapat kuasa dari barat..puncanya adalah kerana minyak..orang barat hanya mau minyak mereka dan semestinya pemerintah arab ni mesti pro mereka...bayangkanlah harga minyak pun orang barat yg tentukan bukan orang arab...so fikir2 lah sendiri ye saudara sedari sekelian..... terima kasih

Wednesday, February 2, 2011

somalia pirate

mungkin korang dah tengok dlm berita dan surat khabar ttg lanun somali yg di bawa balik ke malaysia selepas di tawan komando kita...mereka akan di bicarakan di malaysia kerana di somalia tiada undang undang dan tiada kerajaan yg sah dan seterusnya tiada mahkamah yg adil..untuk pengetahuan korang somalia di perintah oleh warlord ataupun panglima perang di somalia sekarang sapa kuat dia lah yg berkuasa..dan somali terbahagi pada dua bahagian satu bahagian di perintah militia yg pro barat dan satu lagi militia yg pro islam dan bercita cita menegakkan negara islam sepenuhnya dan mereka masih berperang sampai sekarang sebab tu kata sana tak da undang2 kira pakai undang2 koboi la nyawa ni mmg murah kalau tak puas hati tembak je..senjata ni jual kat market macam jual jajan je hehehe..kalau korang penah tgk filem blackhawk down macam tu lah keadaannya..dasyat kan kalau malaysia jadi macam tu semua orang malaysia boleh jadi pirate of selat melaka hehehe

Tuesday, February 1, 2011

i am flyingggggg.....................

hahaa memang aku tgh terbang sekarang.........perasaan ku memang terawang merawang tak tentu hala habis fokus aku hilang..kenapa?entahlah hanya aku yg tahu jawapannya.....mlm tadi aku beli cd filem lagenda budak setan..memang pecah rekod dan sejarah dalam hidup ku kerana for the first time in my life aku beli cd filem melayu..kalau kwn aku tau la mampus aku kena kutuk...tapi mmg filem lagenda budak setan ni menarik perhatian ku...ermmm menyentuh perasaan tul....lantak lah janji layannnnnnn bila tgk filem tu lagi la aku terbang tinggi melayan perasaan..ermmmmmmmmmmm jiwang tul la aku ni huhuhu.....